Duniaku Bercerita

Himpunan karya yang menyeronokkan dari pelbagai penulis terkenal atau amatur dan mungkin juga hasil karya saya sendiri.Selamat Membaca...

5/07/2008

COMEL?AKU NI COMEL KE?



[PESANAN PENAJA: Komen menggunakan pengenalan anonymous sahaja tidak akan dilayan tetapi penggunaan anonymous yang menyatakan nama di penghujung komen akan di terima.Ulasan yang menggunakan bahasa kesat atau mengutuk tidak akan mendapat tempat.Jadilah insan yang berbudi.]



Aku pandang white board yang sedia tertulis macam-macam perkataan. Aku rasa satu habuk pun kata-kata Ranjit tak masuk dalam telinga ni. Aku nak balik!! Weh, cepatlah habis scl ni wehhh!!!

"Pea, wei..tunggulah minah oii..yang ko jalan cepat-cepat macam speed boat ni apehal?." Alahai si mulut seksi ni..ko nak apa?.

"Aku nak cepatlah." Aku tarik muka empat belas.Rasanya muncung aku lagi panjang dari platipus waktu tu. Anak kacukan Belanda, New Zealand dan tah apetah lagi aku tenung..entah-entah Zimbabwe pun ada kot. Sebab aku tengok bibir dia seksi semacam jek.Macam Angelina Jolie. Ko cucuk botox ek??

Terkocoh-kocoh Diana, si mulut seksi mengeluarkan sebuah fail. Pulak tu gelabah semacam. Rileks arr..aku tak larinya.. even muncung dah panjang sedepa. "Ni haa.. Dr. Mahfuz bagi. Senarai budak-budak yang selected untuk health booth next week. Yang satu ni ko kasi dekat Hazrey." Hazrey??? Hazrey yang handsome, tinggi, berkaliber, berkarisma dan sangat-sangat menepati ciri-ciri jejaka idaman kalbu aku tu??

Sebab mamat tu gaklah aku malas nak dengar Ranjit membebel, malas nak menyalin nota-nota ringkas dari Kamal si nerd dan malas nak tadah telinga dengar Caca buat hebahan percuma pasal karnival mega sale!

Tak macam selalu, selalunya akulah insan paling bersemangat dimuka bumi ni untuk pergi kolej dan yang terawal duduk kat pbl untuk scl. Manalah tau ada rezeki bertembung dengan Hazrey tapi… kejadian 35minit dan 25saat yang lalu buat aku rasa toraks aku tiba-tiba membengkak, aku di diagnos dengan cardiac infarction, mata aku mula pedih, lacrimal fluid meleleh dan semangat go-go gadget automatik hilang.

Yang jelas,aku nampak satu makhluk. Berambut panjang, bermata bulat, bulu mata melentik, potongan badan ala-ala gitar. Tak..tak..bukan pontianak.. apa kejadah pontianak nak datang kolej aku siang-siang hari ni?? Dengan waham dan tanpa was-was, medula oblongataku mengesahkan bahawa makhluk tu seorang perempuan..cantik pula tu.

Awek dia ke?? Oh..tidak!!!

Tiba-tiba aku picit perut, muka kerut-kerut. Caca yang dari tadi membebel pasal kasut Carlo Rino berhenti membebel. Minah tu mula memandang kehairanan.

"Ko kenapa? Sakit perut?." Mukanya nampak risau habis. Eh, yang tiba-tiba ko jadi prihatin ni kenapa? Nak tukar profession jadi nurse?

"Emm.." Aku menjawab perlahan. Lakonan cemerlang aku teruskan.

"Aku nak pergi toilet jap.Tolong salinkan note ek." Gluteus maximus..err..haruskah maximus?? Macam melampau sangatlah pulak. Tukar! Tukar! Gluteus minimus milikku aku angkat walaupun malas. Caca masih lagi memerhati dengan muka seposennya. Alahai..cam cicak berak kapur muka..

"Lama ke?." Ehh..taklah tak lama. Kurun ke 30 nanti aku balik!

"Tak..kejap je.Agak-agak bowl tu dah penuh aku baliklah." Serentak dengan itu aku bergerak pantas bersama-sama kaki,tangan, serta organ-organku tanpa menoleh lagi ke arah si becok tu. Malas nak layan. Aku nak pergi toilet pun tanya. Walaupun begitu, lakonanku masih lagi berjalan dengan jayanya. Tangan kananku tak sikit pun berganjak dari perut. Memicit-micit perlahan seolah-olah ada baby alien dalam tu.

Sebaik sahaja sampai didepan tandas, aku melencong. Ya, terseleweng sedikit dari tujuan asal..eh..ye ke?? Bukan tujuan aku nak mengendap Hazrey ke?? Tanduk kecik mula tumbuh dikepala tanpa dapat dilihat oleh mata-mata kasar. Ekor? Eh,ingat aku setan ke? Aku dapat melihat dengan jelas wajah Hazrey disebalik dinding kaca yang memisahkan kami. Makhluk ayu tadi aku lihat sedang seronok memicit-micit pipi Hazrey. Ala manja-manja....kuci-kuci.. "Comellah awak ni Hazrey." Kata makhluk ayu itu. Mindaku membuat telahan.

Hati aku berderai melihat babak itu. Jatuh..terhempas.. berkecai-kecai... pedihnya!! Mak, Pea terluka! Aku tak menoleh lagi ke arah mereka. Tangan aku yang tadinya elok melekat dekat perut aku tarik. Aku genggam tangan sambil hentak-hentak kaki. "Eiii..geramnya!!." Air mata yang mula meleleh tanpa aku minta aku seka perlahan. Malu wehh..tadi kata nak pergi toilet. Takkan berusaha kat toilet sampai nangis-nangis?? Kang Caca buat gosip panas. Tak nak aku mencapub!

Perlahan-lahan aku tarik tisu dari poket seluar, bergerak ke water cooler dan basahkan tisu dengan air sejuk. Lepas tu, aku lekap pada kedua-dua belah mata. Leganya!! Sebaik sahaja tisu ditarik, Hazrey berdiri betul-betul kat sebelah aku. "Err..Hai Sofea.Minum air ek?." Taklah, tengah main galah panjang. Tak nampak ke?

Aku mengangguk dan mula melangkah. Tak boleh lama-lama. Nanti cair tengok pakwe orang tu. Tak sempat mamat tu nak cakap apa-apa terus aku blah. Mak, Pea nak lupakan dia!! Masuk je pbl aku terus diam. Serius memandang ke arah white board. Bebelan Caca macam angin lalu je. Lembut-lembut menampar pipi. Perghh..rasa macam tepi pantai je sebab aku tak dengar langsung apa minah tu bebel. Apa yang Ranjit tulis aku nampak macam cacing-cacing kerawit jek. Tak faham langsung dan memang aku tak ada mood nak faham pun. Sekarang ni si mulut seksi nak suruh aku pergi jumpa dia??

* * * * * *

Hazrey mendongak bila namanya aku panggil dengan lembut. Seriyes, sangat lembut sampaikan aku rasa pokok-pokok kat tepi padang tu pun lentok abes dengar. Eh,bukan nak menggoda dia ek tapi karang cakap kuat-kuat ingat pekak pulak. Aku menghulurkan senarai nama budak-budak medik yang terpilih. Dia jadi ketua diorang manakala si mulut seksi pula jadi ketua untuk budak-budak farmasi. Hmm..bakal doktor yang hensem. Aku renung muka dia yang tengah khusyuk membaca senarai nama serta tugas-tugasan diorang. Pakwe orang Pea oiiii!!!

Dia menepuk-nepuk tempat disebelahnya. Tanda menyuruh aku duduk. Aku menurut je. "Ni nama-nama untuk booth next week?." Aku mengangguk. Eh, dah tulis kat situ. Tanya lagi buat apa? Tak reti baca ek?

"Budak-budak farmasi siapa yang incharge?." Aku buat muka toya. Kalau boleh waktu ni gak aku nak blah.Aku dah kasi dah senarai tu.Mission accomplished. Maknanya bolehlah saya beredar, betul tak Encik Hazrey Hakimi? Oii..jawablah Encik Hazrey oiii..

"Entah.Saya tak tahu." Aku menjawab ringkas sambil tangan sibuk menguis-nguis rumput. Satu persatu rumput-rumput yang hijau tu aku cabut. Takpe pakcik penjaga padang, saya buat free of charge.Lepas ni mesti padang ni clean and clear.

"Sofea join?." Aku diam. Malasnya nak jawab. "Entah.Tak tau lagi." Hazrey memandangku sambil tersenyum. "Join kan?." Eh..mamat ni. Tak faham bahasa melayu ek? I don’t know yet!

"Tak tau!." Ada getar dihujung suara. Geram betul dengan dia ni. Makin lama duduk dengan dia makin pedih ulu hati ni. "Kalau nak tahu apa-apa tanya Diana, dia yang suruh saya passkan list ni kat awak.Takpun susah-susah awak pergi je tanya kat Dr.Mahfuz!."

Cepat-cepat aku bangkit dan berlalu pergi.Geramnya!!

* * * * * *

Kamal,Steve dan Hilda dari awal pagi lagi dah duduk terpacak kat depan jalan masuk menuju ke health booth kolej kami. Aku,Caca,Ranjit dan Diana pula jaga supplement- supplement, healthcare produk dan ubat-ubat OTC. Kenapalah wajib join?? Kalau tak boleh aku duduk rumah baca notes physiology aku yang setebal kamus dewan bahasa tu. Dahlah exam dah nak dekat.Takde simpati langsung!

Aku tunduk ke bawah. Mencari kotak berisi milk thistle dan ginkgo biloba. Sebaik sahaja aku bangun dan mengangkat kotak tersebut ke atas. Tiba-tiba wajah itu muncul. Hazrey! Hampir-hampir terlepas kotak dari tangan. Dia tersengih. Aku menoleh ke arah booth budak-budak medik. Orang dah mula kurang. Lerr..macam mana aku boleh tak perasan yang kitaorang satu shift??

Tanganku ligat menyusun produk-produk tersebut. Hazrey turut membantu. Sibuklah dia ni! Bila aku pandang ke tempat duduk kami.Kosong! Mana budak-budak ni?? Jin Afrit punya makhluk..korang tinggalkan aku dengan dia???

"Macam mana sales? Ok?." Aku mengangguk. "Emm..bolehlah tahan." Aku kembali melabuhkan punggung ke atas kerusi besi yang tak empuk langsung. Tanpa malu-malu dan ragu-ragu, Hazrey Hakimi terus mengambil tempat disebelah aku. Ishh..tak suruh pun duduk.Weiii Hazrey, tolonglah. Time aku suka ko tak pernah pula ko rajin bermesra alam dengan aku. Ni tengah aku berusaha keras lupakan ko, makin dekat pulak ko datang.

"Awak tau tak Sofea.Awak ni sombonglah!." Eh..eh..sesedap mulut dan sesedap rasa je cakap aku sombong.Mulut tu dah ada insuran ke Encik Hazrey oii??

Aku diam. Malas nak menjawab. "Saya tak sombong. Cuma tak suka berborak dengan pakwe orang.Takut kena serang dengan awek diorang." Ada nada sinis dihujung dialog yang cuba aku cipta itu.

Hazrey ketawa.Comelnya ko ketawa wahai Encik Hazrey. Rasa nak cubit-cubit jek. Oppss..bertenang Pea.

"Tapikan..saya bukan pakwe orang cik Aina Sofea. Then,why you’re still snobbish with me?." Hazrey tersenyum.Alahai…lemah lutut aku. Janganlah senyum mangkuk oii..Aku rasa hati aku dah mula cair macam coklat Cadbury dipanaskan atas water heater dengan suhu berkadar 40 darjah celcius.

Eh,Pea.Jangan! Tegarkan hatimu. Kentalkan jiwa. Tunjukkan pada dia siapa anak Kapten Roslan.

Pilihan pertama:

"Hari tu...saya nampak awak dengan sorang girl. Girl tu cubit-cubit pipi awak."

Nampak sangat aku mengendap dia.Stupid!!Stupid!!

Pilihan kedua:

"Saya ada list nama-nama jejaka yang telah berpunya dikolej kita.Nak tengok?."

Bengong! Buat apa nak simpan nama-nama pakwe orang?

Pilihan ketiga:

"Adalah..awak kan famous. Adalah orang-orang bagitahu."

Nampak sangat kaum Hawa memang suka bergosip!!

Disebabkan minda dan akalku masih waras, maka aku mengambil jalan rasional dan memilih pilihan ketiga. Kan orang memang selalu guna alasan ni.Ye tak??

"Adalah..budak-budak ni cerita..Awak kan famous." Aku mencapai pamplet-pamplet dan memberikan kepada pengunjung yang lalu lalang. Hazrey merampas sebahagian darinya dan turut serta.

"Saya famous ek? Awak lagi famous." Aku memandang kehairanan. Aku? Aina Sofea anak Kapten Roslan ni famous? Eh..terlupa pula.Aku kan memang talkative maka tak heranlah aku famous. Bakat membebel yang diwarisi dari mak aku memang tak dapat disangkal lagi. Sebab tu aku suka masuk debat dan syarahan.Seronok dapat membebel.

"Saya glamer sebab lain.Sebab saya ni lasak, nakal..talkative..." "Comel!." Belum sempat aku menghabiskan ayat dia dah potong.Aku terdiam. Comel? Aku ni comel ke? Aku tersenyum. Alamak, perasannya anda ni wahai cik Pea. Cukup..cukup!

"Hazrey,awak tu banyak yang fancy. Takkan sendiri tak tahu kot. Tak mustahil awak dah ada awek. Entah-entah saja je mengaku solo." Aku tersenyum nakal. Seronok gak dapat mengusik dia ni.

* * * * * *

Selesai sahaja Neo Cyber, aku mengemas barang-barangku. Kata-kata Hazrey tadi masih kemas diingatanku.

"Biarlah diorang nak fancy saya pun.Saya cuma suka kat sorang je. Orang tu lasak..nakal.. talkative... dan comel. Saya tak ada awek. Sumpah!."

Aku rasa waktu tu senyuman aku dah naik sampai ke telinga kot. Dari jauh, aku nampak Hazrey pun tengah sibuk mengemas.Tengah dia ligat mengangkat kerusi. Tiba-tiba seorang perempuan berbaju merah menghampirinya. Hazrey tersenyum. Perempuan tu memeluknya mesra. Ehh..tu bukan makhluk ayu tu ke? Dia peluk Hazrey??

Kaki aku rasa tak jejak tanah. Siamang punya jantan. Yelah tu.. saya cuma suka sorang je...

Si Setan: Eh,yang ko nak perasan ni kenapa? Dia tak cakap pun orang tu ko.

Si Angel: Tapi..dia cakapkan orang tu lasak,nakal,talkative,comel.. ayat yang sama

dengan yang ko cakap.

Si Setan: Eii bongok! Ko tak nampak ke amoi tu peluk dia bukan main lagi??

Si Angel: Jangan buat tindakan melulu.Tak salah kalau ko kawan je dengan dia.

Si Setan: Ye ke kawan je Pea oii??

Ahhh..sadaplah korang! Aku tengah tension ni. Korang boleh nak wat drama kat sini plak. Kusut!kusut! Aku segera mencapai segala-galanya. Tak yah susun-susun. Aku campak je semuanya dalam beg tote aku. Biar pecah, biar tertonggeng. Peduli hape aku. Yang penting, berambus dari sini secepat mungkin.

Aku mula melangkah laju. Kalaulah aku ni road runner dah lama aku lari laju-laju. Biar koyote Hazrey tak dapat nak kejar. Eh..nak ke dia kejar aku?

"Sofea..tunggu!." Langkahku terhenti. Ala..tak yahlah nak tunjuk awek ko tu. Simpan je. Tak minat pun nak kenal.. aku membebel dalam hati tapi kaki dah berhenti dah bergerak.

Hazrey berlari dengan girang ke arahku. Waktu tu aku rasa muka dah mula merah, mata berair dan hidung rasa tersumbat. Oksigen!! Oksigen!!

"Eh..kenapa ni? Sofea nangis ke??." Cepat-cepat aku kesat mata yang memang dah merah macam cili.

"Takdelah,mata masuk habuk tadi." Cover...cover...kantoi kang malu wehh.

"Arey ingat Sofea nangis tadi." Serentak dengan itu tanganku ditarik ke dalam gengamannya.Aku tergamam. Menoleh ke arahnya. Hazrey cuma tersenyum.

Dia ni gila ke sasau?? Depan awek sendiri pegang tangan orang lain??

"Sofea,kenalkan..this is my sis, Hana." Makhluk ayu itu tersenyum ke arahku. Sis?? Makhluk ayu ni kakak dia??

"Dan Hana, kenalkan..this is Sofea,my sweetheart." Erkk…tersedak! Sweetheart?? Apa makna semua ni??

Hana memeluk bahuku. "Hazrey ni kembar Hana dah lama dah dia suka Sofea. Cuma dia malu je nak bagitahu. Hana datang ni pun sebab dia cakap hari ni dia nak bagitahu depan Hana"

"Bagitahu apa??." Aku blur. Hazrey disebelah aku dah mula blushing. Ehh,merahnya pipi dia. Malu tapi genggam tangan aku makin kuat.

Hazrey menghampiriku dan berbisik. "I love you, Aina Sofea. Sudi tak jadi my sweetheart?." Aku tersenyum. Mata rasa dah berkaca-kaca time tu. Macam mimpi. Tak sangka Hazrey rupa-rupanya dalam diam sukakan aku.

"Yes!." Aku tersipu. Malunya…malu sebab salah sangka dengan dia. Rupa-rupanya Hana tu kakak dia yang dah lama terpisah. Parents dia berpisah dan Hana tinggal kat Australia dengan emak diorang. Hana memang sporting sebab sanggup fly dari Australia semata-mata nak jumpa aku dan nak tengok kembar dia tu propose aku.

Mak, Pea dapat Hazrey mak!!!

FLASH BACK!!!

BABAK 1

Hana mencubit pipi Hazrey sambil tersenyum. "Look at you. So handsome. Sebiji macam daddy.Lama kita tak jumpa kan??." Hana ketawa girang. Hazrey turut tersenyum. Menganggukkan kepalanya. "Eii..comelnya..Tak puas hati.Nak cubit lagi."

"Adoihh..sakitlah!." Hazrey mengaduh.Pipi yang mula merah diusapnya perlahan. "Hana ni, ganas betul. Macam mama." Mereka sama-sama ketawa.

"So,where is she?." Hazrey menoleh ke dalam. Tak nampak pun kelibat minah tu. Selalu ada jek. "Ada kelas kot.." Nadanya kecewa. Hana membetulkan sunglasses diatas kepalanya. "Ala..janganlah sedih-sedih.I’m sure you can get her." Hazrey tersengih.

"Datang ye next week, I’m sure she will be there. Dia pun bukak booth."

Hana menganggukkan kepalanya. Badannya disandarkan pada proton waja. "Kenapa nak purpose depan Hana?." Hazrey ketawa. "Baru ada semangat. You’ll inspired me."

Lengan Hazrey dicubitnya.Hazrey mengaduh dan meniup perlahan. Hana meminta diri dan berjanji untuk datang sabtu depan. Hazrey melangkah perlahan dan melihat Sofea sedang melekapkan matanya dengan tisu. Dia segera berlari menghampiri gadis itu dan tersenyum. Erk..apsal dia terkejut tengok aku?? Mata dia..merah...dia nangis ke?

Pertanyaan Hazrey dijawab sepatah je. Lepas tu Sofea berlalu tanpa banyak bicara. Hazrey menggaru kepala yang tak gatal.Aku ada buat salah ke?

BABAK 2

Ehh..minah ni blah lagi.Tak sempat nak cakap apa..dia dah blah. Hazrey garu kepala. Lama-lama botak aku macam ni. Cik Aina Sofea ni kenapa?? PMS ke??

Tak puas hati, Hazrey melangkah menuruti Sofea. Siap nyorok-nyorok kat pokok-pokok. Macam spy. Mata Sofea mula berair. Mulut dia terkumat kamit. Macam menyumpah jek. Marah aku ke??

"Sibuklah.Banyak betul pertanyaan.Kalau nak tanya pergilah kaunter pertanyaan." Sofea mengomel. Air mata masih lagi meluncur laju. Hazrey masih mengekor.

"Eii..bencinya. Macam manalah aku boleh tersuka dia?? Pakwe orang pula tu. Busuknya!!." Sofea berhenti bergerak.Kakinya dihentak-hentakkan ke rumput. Macam budak-budak! Hazrey ketawa perlahan. Eh, wait! Dia cakap apa tadi.. dia suka aku?? Yes!!! Hooray!! Sofea suka aku. Hazrey melompat girang. Rasa nak je dikejarnya Sofea. Peluk pastu cakap, jom kita kahwin tapi sebab kondisi serta kewangan tak mengizinkan. Itu adalah mustahil dan tidak releven disini. Hazrey tersenyum nakal.

BABAK 3

Aku memerhatikan Sofea yang sedang tertonggeng-tonggeng mencari sesuatu. Minah ni cari apa?? Tanganku memberikan isyarat supaya budak-budak yang lain beredar. Nak romantika de amore before Hana datang.

Mimik muka dia waktu tengok aku kelakar sangat. Pucat! Macam baru tengok hantu. Pulak tu, tak senyum langsung. Tahulah awak marah sebab saya dah ada awek!! Aku ketawa dalam hati. Tersenyum.

Sengaja aku mintak buat pertukaran shift, biar sama dengan dia. Memang sejak pertama kali masuk kolej ni, aku dah jatuh hati dengan Sofea. Sifat dia, perangai yang macam kanak-kanak ribena tu yang menambat hati aku. Jenuh juga cari jalan nak dekat dengan dia tapi selalu tak berkesempatan. Kelas lain-lain, jadual lain-lain. Kenapalah awak tak ambik medik Sofea oii??

Waktu dia cakap, "Saya tak sombong. Cuma tak suka berborak dengan pakwe orang.Takut kena serang dengan awek diorang." Aku ketawa sekuat hati. Hai, jeles betul awek yang sorang ni ek?? Aku tersenyum sebab orang yang dimaksudkan dia tu aku! Comelnya waktu tu. Muka dia..seriyes habes!

Hai..ni yang buat aku bertambah-tambah jatuh cinta kat Cik Aina Sofea anak Kapten Roslan. Lasak..Nakal.. Talkative... dan Comel!!!

Glossari:

SCL- student-based learning [study group]

PBL- program-based learning [tempat diskusi pasal pesakit]

Cardiac infarction- sakit jantung

Lacrimal fluid- air mata

Gluteus maximus- otot punggung yang besar

Mencapub- mencari publisiti

OTC- over the counter [ubat-ubat biasa]

Neo Cyber- ala-ala karnival jom heboh


hasil nukilan:

syud from mykapasitor



SYAITAN-SYAITAN BIRU



[PESANAN PENAJA: Komen menggunakan pengenalan anonymous sahaja tidak akan dilayan tetapi penggunaan anonymous yang menyatakan nama di penghujung komen akan di terima.Ulasan yang menggunakan bahasa kesat atau mengutuk tidak akan mendapat tempat.Jadilah insan yang berbudi.]


Selasa. Lewat malam di kotaraya ini, aku cuma tahu melangkah ke satu tempat sahaja, sebuah kelab malam yang bernama 'kapas'. Tidak banyak orang yang mengetahui kewujudan kelab ini. Kedudukannya yang terletak di pinggir kota membuatkan ia agak tersorok dari pandangan orang ramai.

Kehadiran aku di kelab ini asalnya disebabkan seorang kawan yang memperkenalkannya. Namun begitu, batang hidungnya sudah lama aku tidak nampak kini. Sebaliknya, aku pula menjadi pengunjung tetapnya.

Di dalam kelab ini, tidak begitu banyak orang yang kita boleh lihat. Setiap meja mungkin ada seorang atau dua. Dengan memesan botol-botol minuman dalam sebuah baldi berisi ais, mereka duduk di situ berjam lamanya. Kebiasaannya, sesetengah pengunjung kelab ini akan tertumpu di meja bar. Mungkin kerana mudah untuk memesan minuman. Mungkin kerana mereka ingin melihat sendiri bagaimana minuman mereka dibuat. Dan akhir sekali, mungkin mereka duduk di situ kerana mereka tidak mempunyai sebarang tujuan. Walauapapun alasannya, aku adalah salah seorang dari mereka.

Aku bukan hendak kata yang minuman di sini adalah berbeza dari tempat-tempat lain. Rasanya tetap sama, mabuknya juga. Seperti kelab-kelab lain, suasananya tetap gelap samar beserta asap rokok tak putus-putus menyelubungi. Namun aku perlu berterus-terang, aku datang kemari semata-mata ingin mendengar alunan dari seorang pemain gitar di kelab ini.

Sudah setahun rasanya aku menjadi pengunjung Kapas. Setiap kali aku berada di dalamnya, setiap kali jua aku terpukau dengan petikan gitarnya. Kumpulan muzik yang dia bermain tidak ramai, cuma lima orang sahaja. Terdapat seorang bermain drum, seorang bermain organ, seorang bermain bass dan dua orang bermain gitar termasuk dirinya.

Kebiasaannya mereka bermain muzik blues. Tidak. Sebenarnya, mereka cuma bermain muzik blues sahaja. Daripada lagu nyanyian Robert Johnson kepada lagu B.B King hinggalah kepada Eric Clapton. Boleh dikatakan mereka ini merupakan kamus glosari bagi muzik blues. Aku ada juga menunggu kalau-kalau kumpulan ini ada memainkan lagu daripada kumpulan 'Blues Gang' namun sehingga kini masih belum lagi kedengaran. Tidak cukup sedih rasanya.

Kumpulan muzik ini mempunyai ramai peminat setia. Tidak menghairankan kalau setiap kali ia bermain iaitu pada hari Isnin dan Selasa sahaja, pasti ramai yang akan berada di dalam kelab ini. Baiklah, aku mungkin tak boleh cakap yang ramai itu bagai terlalu ramai tapi ia memadai untuk sebuah kelab mengaut kembali modalnya. Berbalik kepada soal peminat, walaupun mereka yang berada di dalam kelab ini tidak mengaku depan-depan bahawa mereka meminati kumpulan ini namun kita dapat lihat betapa menyalanya rasa mereka. Mereka mungkin tidak seperti orang-orang lain yang tidak putus-putus menghantar khidmat pesanan ringkas (sms) kepada idola kegemaran atau terpekik histeria apabila melihat artis pujaan. Namun bagi aku, cukup dengan mereka berada di dalam Kapas pada malam ini untuk menunjukkan kumpulan yang bermain muzik blues ini mempunyai khalayaknya tersendiri.

Dalam hari-hari seperti ini, aku akan memesan sebotol minuman yang keras untuk diriku. Memang aku akan hanyut dalam kemabukan akhirnya, perkara itu semua orang tahu, namun sebelum aku berada dalam keadaan itu, jiwa aku seolah-olah terbuai semasa mendengar petikan gitar dari dia. Jari-jemarinya yang begitu laju menekan keenam-enam tali gitar seringkali membuatku terpukau. Ditambah pula bila dia melirikkan jarinya dalam menghasilkan nada yang begitu tinggi, aku seolah-olah dapat membayangkan diriku terbang ke awangan, beserta botol di tanganku.

Aku punya sebab mengapa setiap hari Selasa aku akan berada di sini. Bagi aku, hari tersebut adalah hari yang cukup malang. Mengenangkan kembali, hari Selasa merupakan hari aku dibuang dari pekerjaan eksekutif aku yang seterusnya menyebabkan aku kini hanya seorang pencuci lantai. Hari Selasa juga adalah hari di mana aku ditinggalkan oleh bekas isteriku yang lari mengikut kekasih lamanya. Dan hari Selasa juga adalah hari di mana Ah Long akan datang mengutip hutang aku sebanyak RM10,000 sikit demi sedikit. Duit yang sepatutnya untuk pinjaman perumahan itu telah aku habiskan untuk bermain kuda. Atas sebab-sebab ini, aku akan memastikan diriku sentiasa berada di Kapas pada setiap hari Selasa untuk menenangkan kepala dari seribu satu serabut yang berpusing-pusing dan terus berpusing.

Sebenarnya, tidak banyak yang aku ketahui mengenai pemain gitar blues yang aku minati ini. Daripada apa aku dengar, kebanyakan orang memanggilnya sebagai Ray. Kemungkinan sekali, dia bernasib malang seperti aku. Ya, kalau dia tak dalam kesedihan atau kepayahan, mana mungkin dia cuma bermain muzik blues. Muzik yang juga membawa maksud 'blue devils' atau syaitan-syaitan biru ini asalnya merupakan medium bagi orang Afrika Amerika meluahkan kesedihan, kepayahan dan kemurungan mereka. Hidup yang seringkali tertindas seolah-olah tiada lagi yang baik dalam dunia ini.

Mereka yang memainkan muzik blues adalah mereka yang menyampaikan maksud kekecewaan. Orang kalau gembira, mana mungkin dapat memainkan lagu blues dengan penuh perasaan. Mereka akan bermain muzik pop yang mana setiap bahagian tubuh akan turut terhenjut. Tak pun, mereka bermain muzik rock dengan kepala terhangguk-hangguk. Dalam konteks muzik yang aku perkatakan sekarang ni, kita juga tak boleh membandingkan blues dengan rock jiwang. Muzik yang meleleh itu cukup meloyakan. Ia nyata terlalu berbeza dengan muzik blues yang mengajak para pendengarnya merenung nasib. Aku cukup yakin dengan penafsiran tersebut sebab semua orang dekat sebelah aku di meja bar ini turut termenung seperti aku.

Aku pernah juga sekali berkesempatan berbual dengan Ray. Tidak panjang, pendek sahaja perbicaraannya yang berlaku seminggu lalu. Semasa itu, aku tidak mabuk sepenuhnya, jadi aku mengajak dia untuk duduk di meja bar bersama-sama aku. Orangnya agak tinggi, wajahnya bersih. Dengan kemeja putih berserta jaket hitam, Ray yang sentiasa mengenakan seluar jeans lusuh sememangnya seorang yang segak.

"Bang nak minum apa, bir, wiski... abang cakap sahaja, malam ini saya belanja'' aku memberitahunya.

''Ehh tak mengapa, bagi air kosong sahaja'' pelayan di hadapannya mengerti permintaan itu manakala aku terpinga-pinga. Bagaimana dia boleh tidak minum memandangkan tempat kerjanya sebegini.

''Rokok abang?'' aku bertanya lagi.

''Terima kasih, saya sudah lama berhenti,'' aku bertambah hairan lagi kagum kepada Ray. Bagi aku, orang-orang yang terbabit dalam industri hiburan akan sentiasa terdedah kepada godaan-godaan neraka. Maklumlah artis, tak kisahlah sama ada mereka popular atau tidak, sama sahaja.

''Saya sudah lama mengikuti persembahan abang, serius saya cakap, abang main memang bagus, abang dah lama ke bermain muzik,'' dia tersenyum kecil pada soalan aku.

''Kalau boleh cakap sejak lahir, abang akan cakap begitu... tapi memang betul, muzik ini sudah cukup lama dengan abang,'' kata Ray.

''Tapi kenapa blues,'' adusyh, kenapa aku tiba-tiba boleh tertanya soalan bodoh macam ini. Aku bukannya wartawan kalau ia pun. Namun nasib baik dia tersenyum mendengar soalan aku.

''Hidup abang sendiri ni pun boleh diibaratkan seperti muzik blues. Lahir sebatang kara. Sekolah pun tak habis. Dengan muzik inilah abang hidup. Biasanya abang main untuk kombo bandaraya namun abang paling puas sekali main dekat sini sebab jiwa abang memang pada blues,'' aku tersenyum pahit mendengar jawapan Ray. Hidup aku dengan dia seolah-olah serupa malangnya.

''....blues.....hidup saya pun tak dapat dipisahkan dengannya. Tak habis-habis dengan masalah. Lepas satu-satu...,'' kata-kataku terhenti apabila Ray terpaksa bergegas kembali ke pentas. Rakannya yang bermain bass meminta dia membantu mengemaskan peralatan. Aku membiarkan dia pergi dengan tersenyum bangga kerana dapat berbual dengan insan seni sepertinya.

''Hidup Ray tu memang sedih,'' aku secara tiba-tiba dikejutkan dengan kata-kata dari pelayan bar yang tengah mengelap gelas dibelakangku. Aku pun menoleh kepadanya.

''Dulu dia ada seorang isteri. Lawa orangnya, sayangnya dia telah meninggal dunia kerana kanser. Selepas itu, Ray telah benar-benar berubah. Dia berhenti minum, dia berhenti semua jenis dapur dan pil. Tapi gitar dia tak tinggalkan. Mungkin jiwa dia memang betul-betul di situ,'' pelayan itu memberhentikan perbualannya apabila dia menyimpan gelas-gelas ke dalam almari di belakangnya. Aku duduk diam sementara menunggu pelayan itu menyambung bicaranya.

''Dengar-dengarnya, dia dah mula solat. Kelakarnya, dia pernah memberitahu seorang kawannya yang dia ingin menjadi orang baik sebab dia mahu masuk syurga dan bertemu isterinya... Ha ha ha...tapi memang betul isteri dia baik orangnya, entah macam mana dia orang boleh berkahwin, mungkin itu sudah jodoh namanya,'' sekadar itu pelayan tersebut memberitahuku.

Aku terpesona mendengar ceritanya mengenai Ray. Aku seolah-olah tidak percaya insan seperti dia masih wujud di dalam dunia ini. Apabila terperangkap dalam kekecewaan, manusia biasanya hanyut sehingga dirinya musnah tanpa disedari. Namun, Ray bukan begitu. Kalau hendak diikutkan kesedihan hidupnya lebih perit dari aku. Hasrat hidupnya tidak tercapai kerana kehilangan wanita yang dicintai. (Dalam keadaan ini, aku tak boleh dibandingkan dengan Ray sebab perangai buruk pemarah aku merupakan salah satu sebab aku ditinggalkan isteri). Kesakitan yang dialaminya adalah jauh begitu teruk. Menghairankan, dia tenang walaupun berada dalam keadaan sukar. Memang aku terpegun namun agak sukar untuk aku menerimanya. Garis pemisah itu jelas buatnya.

Hari ini Ray muncul dengan segak. Wajahnya yang bersih itu tak lekang dengan senyuman. Dia tetap mengekalkan kemeja beserta jeans biru lusuhnya. Anggota-angota kumpulannya pada malam ini juga tampak kemas sesuai dengan usia mereka yang melampaui zaman remaja.

Ray memperbetulkan peralatan-peralatan yang bersambung pada gitarnya. Berkali-kali dia mengusik butang-butang yang ada sehingga dia berpuas hati dengan bunyi yang keluar. Akhirnya, dia menghadap dirinya ke hadapan khalayak penonton yang tak sabar menunggu. Malam ini terasa istimewa kerana semua orang di dalam Kapas bagai memberi sepenuhnya perhatian. Ray kelihatan memperbetulkan mikrofon padanya. Ini adalah suatu yang baru. Seingat aku, Ray tidak pernah menyanyikan sebarang lagu. Selama ini pun, pemain organ mereka sahaja yang menyanyi beserta iringan vokal dari pemain bass. Malah, kalau tak salah aku, Ray tidak pernah bercakap sepatah pun di atas pentas. Aku dapat merasakan malam ini bukan suatu malam yang biasa.

''Hai. selamat malam pada semua yang hadir...,'' Ray nampak gugup tapi mukanya seperti terpancar kegembiraan.

''Semalam, saya telah mendapat satu mimpi yang cukup indah. Entah sudah berapa lama saya tidak merasai gembira seperti ini, untuk itu, saya ingin berkongsi apa yang saya rasa dengan semua orang di sini,'' biarpun tampak kekok apabila pertama kali melihar dia berdiri bercakap namun aku dapat melihat semua orang di kelab ini menaruh penuh minat dengan apa yang sedang berlaku.

''Malam ini saya akan memainkan sebuah lagu yang saya fikir semua orang tahu. Maaf sebab lagu ini bukan lagu blues... namun istimewanya, lagu ini adalah lagu kesukaan arwah isteri saya. Terimalah M. Nasir, sentuhan listrikmu,''


''Bisakah aku bertanya padamu (Malam ini memang bukan malam yang biasa) Di mana datang sayang ini (Malam ini jauh dari malam yang biasa) Di redup matamu atau bisikan mesra (Bukan aku seorang sahaja yang merasa getarnya, semua orang di dalam Kapas turut terpegun dengan apa yang mereka sedang dengar) Adakah kerana sentuhan listrikmu (Lunak suara Ray ditambah dengan petikan gitar begitu mensyahdukan suasana) Buatku terus berjanji (Petikan gitarnya tersusun seolah-olah satu magis yang membuai jiwa) Hati ini hanya milikmu saja (Air mata aku pun tanpa disedari mengalir) Sentuhanmu bukan datang dari dunia materi (Aku sekali lagi terasa bagai terapung) Terasa ini pernah mengusikku bagai dejavu. (Namun aku terapung kali ini tanpa botol di genggamanku) Ku rindu sentuhanmu (Aku cukup tersentuh dengan lagu nyanyian Ray itu) Ku damba sentuhanmu (Maksudnya jelas membawa hasratnya) Tiada lain yang kuingin hanyalah... (Dan aku memahami ia merupakan satu perasaan yang terpendam begitu lama) hanyalah sentuhanmu (satu kerinduan),''


Mendengar lagu M. Nasir yang dinyanyikan Ray itu, aku berasa gembira dalam sedih. Aku tersenyum walaupun pahit. Buat pertama kali, aku benar-benar dapat melihat kebahagian terpancar dari raut wajahnya, dan bukan setakat itu, aku turut merasai kebahagiannya dalam diriku.

Selasa minggu seterusnya. Persembahan istimewa Ray pada minggu lalu hanya kepada sebuah lagu sahaja. Mereka kemudian menyambung kembali persembahan dengan lagu-lagu berirama blues. Walau bagaimanapun, fikiran aku tidak dapat berhenti daripada memainkan lagu nyanyian Ray itu. Alunannya terus terngiang-ngiang dalam kepala. Ia tidak mahu berhenti. Walaupun aku sibuk dengan kerja serta seribu satu masalah yang aku sedang hadapi, lagu itu masih tetap kedengaran. Dan untuk setiap itu, aku pasti tersenyum tenang apabila mengingatkannya.

Namun begitu, Rabu lalu iaitu sehari selepas persembahan istimewa dari Ray, aku telah dikejutkan dengan satu berita yang aku tak jangka sama sekali akan berlaku. Ray meninggal dunia ketika sedang tidur di rumahnya. Rakan aku memberitahu hal itu ketika aku sedang bekerja dan aku pun terus berkejar ke hospital dimana Ray ditempatkan. Ketika aku tiba, aku dapat lihat begitu ramai rakan-rakan Ray yang datang menziarahi dan menyembahyangkan jenazahnya. Tanpa disedari, air mata aku mengalir kerana aku tidak menyangka betapa ramai sebenarnya menyayangi seseorang yang hidupnya begitu sunyi. Tiada siapa yang dapat menjangka bahawa rahmat yang ESA datang meneduhkan perjalanannya. Aku bertegur sapa dengan rakan-rakan Ray dan kami saling berkenalan. Kami seterusnya beramai-ramai mengusung dan mengebumikan jenazah di sebuah tapak perkuburan yang terletak di hujung kotaraya.

Selepas semua orang beransur-ansur pulang, aku mula merasai kerinduan pada Ray. Hari Selasa kini sudah tidak sama lagi seperti dahulu. Tiada siapa yang dapat mententeramkan jiwa aku sepertinya. Keistimewaan yang dimilikinya adalah tersendiri. Dia boleh membuatkan aku melupakan semua masalah yang ada. Akhirnya, aku terpaku. Aku melihat diriku dan aku melihat dirinya.

Malam ini, tanpa kehadiran Ray, aku tetap melangkah ke Kapas. Jumlah orangnya tidak berganjak, masih lagi dengan orang-orang yang sama. Aku memandang muka pelayan di meja bar itu dan dia memandang mukaku kembali. Aku melihat tempat duduk kegemaran aku masih lagi kosong, aku pun mengambilnya segera.

Di atas pentas, anggota kumpulan yang bermain muzik blues pada malam ini hanya empat orang tanpa Ray bersama mereka. Khabarnya, jumlah itu akan tetap sama kerana mereka semua sepakat tiada siapa dapat menggantikan tempat Ray.

Aku mengalihkan pandangan aku kepada kepada pelayan di meja bar dan dia memandang aku kembali. Dia mengerti aku dengan blues tidak dapat dipisahkan. Dia telah mempersiapkan segalanya sebaik sahaja melihat aku tiba.

''Blues ya, bang.... hari ini mahu yang biasa atau yang lagi keras?'' pelayan itu bertanya kepadaku.

''Boleh bagi saya Coke...dan keropok itu nampak sedap, boleh bagi saya satu,'' pelayan itu bagai tercengang namun ia tidak menghalangnya dari menunaikan permintaanku. Aku mengambil keropok itu dan tin coke darinya. Perhatian aku seterusnya teralih kepada alunan lagu 'Little Wing' karya Jimmy Hendrix yang sedang dimainkan. Persembahan kumpulan muzik itu sememangnya mengkagumkan meskipun terdapat kekosongan ruang berikutan ketiadaan Ray. Biarpun begitu, mereka dapat menyusun lagu itu dengan baik sehingga muzik yang berkumandang seolah-olah sempurna.

Aku buka plastik keropok di tangan aku itu dan mula mengunyahnya satu per satu. Fikiran aku masih terkenang pada Ray. Memang benar, tiada siapa yang dapat menggantikannya. Hakikat ini aku terima sepenuhnya. Aku mula terfikir sesuatu yang aku tidak pernah terfikir selama ini. Esok aku mahu mula solat. Sudah terlalu lama rasanya aku meninggalkan tuntutan ini. Lagipun, kalau Ray dapat melakukannya, aku pun boleh melakukannya. Aku sebenarnya sudah lemas terperangkap dalam kebodohan dunia ini berserta kesemua kesedihan di dalamnya. Aku bukan bermaksud membenci blues namun garis sempadannya memang jelas dan terima kasih kepada Ray, aku kini mengetahuinya.



hasil nukilan:

ibtisam from mykapasitor

AIR MATA MALAM PERTAMA



PESANAN PENAJA: Komen menggunakan pengenalan anonymous sahaja tidak akan dilayan tetapi penggunaan anonymous yang menyatakan nama di penghujung komen akan di terima.Ulasan yang menggunakan bahasa kesat atau mengutuk tidak akan mendapat tempat.Jadilah insan yang berbudi.]


Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam.

Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernak kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah.

Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.

“Ana dah jadi isteri! ” Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul.

“Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti.”Doaku perlahan.

Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku suadh bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti.

“Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti”Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati.

Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri terhadap suami.

“Assalamualaikum!” Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku melihat kakinya.

Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku.

“Sayang”..Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya.

Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud kejari manisku.

“Abang”.. Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku.

“Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana kepangkuan abang. Ana harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang..”Bisikku perlahan. ” Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina keluarga yang bahagia.” Janjinya padaku.

Itulah kali pertama aku menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain daripada sekeping foto yang telah diberikan emak kepadaku.

Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku dan suamiku melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu.

Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari universiti lagi.

Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak. Berbaju melayu putih sepasang serta bersampin. Aku juga memakai baju pengantin putih. Kami dah berpakat begitu.

Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami.

“Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan dengan Ana”.Ayah memulakan mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami minum petang di halaman rumah. Mak hanya diam memerhatikan aku, membiarkan ayah yang memulkan bicaranya.

“Apa dia ayah, mak? Macam penting je” Soalku tanpa menaruh sebarang syak wasangka.

“Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak Ana.”

“Apa!!!”Pengkhabaran begitu membuatkan aku benar-benar terkejut. Aku masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku mahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mahu terikat dengan sebarang tanggungjawab sebagai seorang isteri.

“Kenapa ayah dan mak tak bincang dengan Ana dulu?” Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan ayah yang membelakangi aku. Sepatutnya mereka berbincang denganku terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan yang bakal mencorakkan masa depanku.

“Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan sekiranya kami membincangkan perkara ini dengan Ana. Pastinya Ana akan mengatakan bahawa Ana masih belum bersedia. Sampai bilakah Ana akan berterusan begitu?”Ayah mengemukakan alasannya bertindak demikian.

“Sebagai orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat seorang suami yang boleh melindungi dan membimbing Ana. “Ujar mak setelah sekian lama membisu.

“Apakah Ana fikir mak dan ayah akan duduk senang melihat anak gadisnya berterusan hidup sendirian tanpa penjagaan dari seorang suami? Kami bukan nak lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang tua, tapi itulah tanggungjawab orang tua mencarikan seorang suami yang baik untuk anak gadisnya.”Terang ayah lagi.

“Ana..” Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri, menahan rasa.

“Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Ana sebab kami terlalu sayangkan Ana.”;

“Ini cincinnya, pakailah.” Mak meletakkan satu kotak kecil berbaldu di hadapanku. Perasaanku berbaur. Macam-macam yang datang. Berbelah bagi. Apa yang patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan bersetuju dengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah membiarkan cita-citaku semakin kabur dan berbalam di hadapan. Namun kiranya aku menolak, bermakna aku telah melukakan hati kedua-dua orang tuaku itu. Orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa mereka berdua, aku takkan hadir dan mustahil untuk melihat dunia ini.

“Ahhhhgggg…”Keluhku sendirian. Aku dalam dilemma. Yang manakah patut aku utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapan mak dan ayah. Aku selalu tewas bila melibatkan perasaan mak dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukakan hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diberkati Tuhan.

Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni.

“Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu.” Ujar ayah padaku.

Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah saru agenda yang tidak boleh dilupakan.

Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air. Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik.

Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu.

Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam.

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.”

“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin.”

Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman. aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan.

“Bang, maafkan Ana!” Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus.

“Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang.”Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku.

Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah.

“Abang nak kemana tu?”Soalku.

“Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu.
Ada sikit lagi.”Jawabnya.

“Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi.”Aku kesian melihatnya, keletihan.

“Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah.” Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu.

“Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya.” Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah.

Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja.

“Bila Ana turun?” Soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja.

” Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang.”

“Maafkan abang sayang.” Dia menghampiriku.

“Sayang tak marahkan?” Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat.

Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku.

“Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita.” Rungkutku tersipu-sipu. Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku.

“Apa nak malu,
kan sayang ni isteri abang.”Jawabnya tersenyum.

“Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi.”

“Betul ni?”Soal suamiku cepat-cepat.

“Ish..;gatal la abang ni!” Dia
cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku.

Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi. Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu. Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri.

Walaupun begitu,masih ada sedikit rasa takut di hatiku. Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku.

“Apa yang Ana menungkan ni?”Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang.

“Abang ni, terkejut Ana tau!” Aku buat-buat merajuk. Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk.

“Alaa..sayang ni.macam tu pun nak marah.” Usiknya sambil mencubit pipiku.

“Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!” Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu. Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku.

“Sayang…” Seru suamiku sambil merangkul tubuhku.

“Sayang nak honeymoon kemana?” Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu. Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu.

“Ana ikut aje kemana abang nak bawa.”

“Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?” Guraunya.

“Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?” Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa.

“Nanti sayang nak berapa orang anak?” Soalnya lagi setelah ketawanya reda.

“Abang nak berapa?” Soalku kembali tanpa menjawab soalannya.

“Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?”

“Ish…abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?” Sekali lagi suamiku ketawa. Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa.

“Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan.”

“Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup.” Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira.

“Ni yang buat abang tambah sayang ni.” Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku.

Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi.

“Zul, Ana! Jom kita makan dulu!” Suara mak memanggil.

“Mari bang! Ana pun dah lapar ni.” Ajakku sambil memimpin tangannya. Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam.

Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan. Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik.

Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku. Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukanali. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup. Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja. Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apataha lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan.

“Mampukah akau menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu? Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?” Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku. Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya.

“Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku.”

“Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan.

Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari. Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti?

Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil.

“Masuklah, pintu tak berkunci.” Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku.

Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan. Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku.

” Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?” Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku.

Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu.

“Habistu apa yang sayang menungkan ni?”

Ana takut bang!” Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya.

Dia memelukku erat sambil membelai rambutku.

” Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan Bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita.” Pujuk suamiku.

” Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut..” Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku. Terkebil-kebil mataku memandangnya.

” Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang! ” Bisiknya.

Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku.

” Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit.” Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang.

Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air. Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai.

Malam berark perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang. Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya.

“Ayah, mak! Ana dah buat keputusan.” Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari.

Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri.

” Keputusan tentang apa?” Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat.

” Pasal peminangan tu.” Ujarku.

Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu. Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku.

” Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih.” Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya.
Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari.

Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu. Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini? Hanya emak yang tahu hakikatnya.

” Syukurlah, moga Ana bahagia nanti.” Ucap ayah padaku.

Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis. Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku.

“Nanti mak kenalkan dia pada Ana.” Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka.

” Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje.” Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab
Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku. Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat.

” Kenapa pula macam tu?
Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya.” Ayah mempersoalkan keputusanku itu.

” Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula?” Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu.

Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku.

” Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah.” Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan.

” Baik bang. Bang, ni baju abang.” Ujarku sambil bangun untuk ke dapur.

Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi.

” Patutlah.” Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang.

Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik.

Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar
sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan.

Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya.

Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.

“Bang….”Seruku.

“Ada apa sayang?” Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya.

“Malam ni abang nak…..nak…..”Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu. Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya… ” Nak apa sayang?” Soalnya lagi sambil tersenyum.

“Ah..abang ni…”Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku.

“Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?” Bisiknya ketelingaku.

Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya. Aku
cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.

“Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!” Bisik suamiku.

” Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia.” Jawabku.

Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul.

Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama lading dan suamiku itu adalah peladang. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku. Aku
cuba untuk memperaktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya. Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku. Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.

Rasulullah bersabda:

“Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada.”

Rasulullah bersabda:

“Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu.”

Rasulullah bersabda:

“Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia.”

Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu.”

Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.

Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang.

Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah. Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya.

“Abang tak apa-apa?” Soalku risau dengan keadaannya. Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui.

“Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot.”Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam.

“Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu.” Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pajama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu.

“Nakallah abang ni.” Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar.

Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat. Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam.

Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu.

Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku. Aku lihat muka suamiku agak kepucatan.

“Kenapa ni bang?” Soalku sewaktu bersalaman dengannya.

” Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni..”

“Zul sakit ke?” Tanya ayah.

“Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot.”Jawabnya.

“Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak.” Sampuk mak.

“Nanti Ana ambilkan ubat.” Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat.

Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku. Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air.

Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk. Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan.

“Terima kasih.” Ucapnya perlahan. Aku angguk.

“Abang berehatlah.” Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam.

“Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang.”

” Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah.”

“Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan.”

“Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah.”Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya.

“Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan saying. Sayanglah satu-satunya buah hati abang.” Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja.

Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik.

“Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea”

“Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya.” Ujarnya perlahan.

“Abang tidurlah.” Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya. Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu.

Aku memerhatikan suamiku buat seketika. Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga. Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat.

Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi. Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu. Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku.

Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya. Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk. Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap! Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami. Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu. Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku.

” Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana.” Pujuk emak.

Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini. Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjengok dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku.

Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku.

Amin..

5/06/2008

SI OTAK,HATI DAN KAKI



[PESANAN PENAJA: Komen menggunakan pengenalan anonymous sahaja tidak akan dilayan tetapi penggunaan anonymous yang menyatakan nama di penghujung komen akan di terima.Ulasan yang menggunakan bahasa kesat atau mengutuk tidak akan mendapat tempat.Jadilah insan yang berbudi.]


Kerana hati nya yang telah hitam legam
Berkata suatu hari si Hati kepada si Otak
Mari lah kawan ku kita binasakan si Kaki
Kerana dia hina sekali dan tidak berguna
Dan duduknya bawah sekali diantara kita
Si Otak berfikir dan mengatakan tak boleh
Kerana Kaki yang membawa mereka berjalan
Si Hati berkata tak apa, dunia dah serba canggih
Tak ada Kaki pun tak apa, kerusi roda memang dah ada
Si Otak kurang cergas hari itu kerana terlupa akan sarapan
OK lah. Up to you lah Hati, terus mengarah si Kaki untuk berjalan
Dengan tujuan hendak menghancurkan si Kaki kerana dendam si Hati
Si Hati terus menerus meracuni si Otak untuk mengarah Si Kaki ke tebing
Dengan harapan supaya si Kaki akan terjatuh dan kaki nya akan patah terkehel
Si Kaki terus berjalan mengikut kehendak semua nya dan tidak berprasangka apa-apa
Di lampui batas tebing, si Kaki rebah dan seluruh badan terjatuh ke dalam gaung
Kepala terhantuk ke batu dan si Otak mendapat cedera yang membawa maut
Takala di saat-saat penghabisan, si Otak menyesal terlajak perbuatan
Hati mengatakan kepuasan kerana dapat menghancurkan si Kaki
Di saat-saat terakhir, si Hati tetap dengan pendirian legam nya
Si Kaki meredhai terhadap segala yang berlaku pada nya
Di saat terakhir dia berdoa & bersyukur kepada Tuhan
Dengan kehendakNya, si Kaki di hidupkan kembali
Pada suatu badan dan jasad yang lain pula
Untuk berbakti kepada Tuhan Yang Esa
Membawa kemana saja badan itu
Dengan mengikut kehendakNya
Dan pilihanNya jasad murni
Si Otak, Hati dan Kaki
Pada satu badan
Pada satu kata
UntukNya jua
Satu Hati



NO ENTRY!



[PESANAN PENAJA: Komen menggunakan pengenalan anonymous sahaja tidak akan dilayan tetapi penggunaan anonymous yang menyatakan nama di penghujung komen akan di terima.Ulasan yang menggunakan bahasa kesat atau mengutuk tidak akan mendapat tempat.Jadilah insan yang berbudi.]


Shima tersentak. Dia terasa satu pergerakan atas paha kanannya. Shima membuka mata dan terus menendang perabanya. Lembaga hitam tu mengundur ke belakang dan terhantuk pada palang katil. Tendangan tu tak kuat pun sebenarnya, tapi lembaga tu terkejut. Dia cuba nak lari… tapi Shima sempat menarik bajunya. Shima pun tak tahu macam mana dia jadik kuat sangat malam tu. Yang pastinya, dia sangat geram dengan manusia-manusia macam ni. Tak tahu malu.

Shima tak nak lepaskan baju penceroboh tu. Penceroboh tu meronta-ronta dan mengheret Shima ngan dia sekali. Sampai kat depan pintu, baju penceroboh tu terkoyak. Penceroboh tu menoleh dan tersengih. Shima membeliakkan mata. Ikhwan? Geram dia makin membuak. Tak fikir apa-apa lagi, Shima terus menyepak "telur" si Ikhwan tu. Ikhwan tertunduk. Shima mencapai batang penyapu, tapi elok-elok dia pusing balik… Ikhwan dah bangun balik, nak lari. Shima mengejarnya sampai ke tangga. Sampai kat tangga, Shima menackle kaki Ikhwan. Ikhwan jatuh tergolek-golek dari tingkat tiga sampai tingkat 2. Dia dah tak berupaya nak bangun. Shima melompat turun tangga dan terus membantai Ikhwan dengan penyapunya.

Gedebak! Gedebuk! Gedebik!

Shima dah tak peduli… nak luka ke, nak sakit ke, anak orang ke… padan muka. Baru puas hati dia.

Tengah seronok-seronok membantai, Shima terasa ada orang di depannya. Dia mengangkat muka. Kak Rina kat situ, tercengang menengok Shima, penyapu ngan Ikhwan.

"Kak… kak… tolong panggil warden cepat," Shima tercungap-cungap. Letih membantai orang. Kak Rina baru je nak bergerak bila satu lagi lembaga hitam datang dari belakang… menekup mulut dan memulas tangan Kak Rina ke belakang. Shah! Shima terasa chuak, Ikhwan kat kaki dia bila-bila masa je boleh melawan. Dahla badan Shah tu besar badak. Tapi Shima cuba memberanikan diri. Dia mengangkat penyapunya.

Tiba-tiba tangan dia digenggam daripada belakang. Shima menoleh.
"Kau!!!" Taufiq, teman lelaki dia ada kat situ, menggenggam erat tangannya sambil menggeleng-gelengkan kepala.

"Kau pon terlibat sekali ngan benda-benda macam ni?" Taufiq diam. Dia tunduk memandang Ikhwan yang terlentang atas lantai. Tak berani nak melihat aweknya yang tiba-tiba tukar jadik garang tu. Shima bertambah geram. Kalau Taufiq buat kerja ni sekali… kenapa tak terus carik dia? Mana Taufiq pergi? Kenapa bagi kawan kacau awek sendiri?

"Shima… I can explain," akhirnya Taufiq membuka mulut, cuba nak pujuk. Tapi Shima tak nak dengar. Dia meronta-ronta melepaskan tangan daripada Taufiq dan terus berlari ke tingkat atas,"Kau jual aku Taufiq. Kau jual aku kat kawan kau yang tak guna ni," katanya sambil menyepak Ikhwan buat kali terakhir.

Taufiq teringin nak mengejar tapi Shah tak bagi. Dia menggeleng-gelengkan kepala, mengisyaratkan ke arah Ikhwan dan menjeling ke arah pintu bilik warden. Taufiq terpaksa mengikut kata kawan dia yang sorang tu. Dia memapah Ikhwan…pastu diorang bertiga pun terus cabut sebelum tertangkap.
Shima pulak, sampai-sampai kat bilik je… terus menghempas diri atas katil dan menangis sekronik-kroniknya.

Keesokan harinya, dia tak pegi sekolah. Berkurung je dalam bilik sakit. Taufiq cuba gak carik dia. Tunggu kat perhimpunan. Waktu rehat. Setip masalah kesimpulannya… tapi tak muncul-muncul gak. By the time pukul 12, Taufiq give up. Dia tahu dah takde harapan sebab petang tu cuti bulanan. Shima sure dah nak balik rumah dah.

Malam tu, Taufiq tekad mendail nombor phone Shima. Apa-apa nak jadik… jadiklah. Dia tak nak Shima terus salah faham.

"Shima, shima, shima… please, jangan letak tepon. Dengr cakap aku dulu," Taufiq mendengar. Macam takde bunyi orang letak tepon tapi takde orang jawab pulak. Peduliklah. Dia terus je cakap, "Shima… kau dah salah faham sebenarnya. Hari tu… aku dah agak dah si Ikhwan tu nak buat something kat kau. Tu sebab aku masuk sekali ngan diorang. Aku nak intip diorang je… nak tengok si Ikhwan tu buat apa. Aku dah plan dah… nak attack dia kalau dia kacau kau. Tetiba jer kau bantai dia dulu. Aku lambat sikit jer," terang Taufiq, macam cakap sengsorang. Selang satu ayat.. dia berhenti jap, tunggu respon Shima.. tapi Shima terus diam.

"Shima… please… tolonglah percaya kat aku… tolonglah… aku sanggup buat apa je… asalkan kau percaya cakap aku. Please… please. Aku ceroboh aspuri pun sebab kau Shima." Taufiq dah blank dah. Cemana ah nak pujuk awek sorang ni. Dia menunggu. Shima melepaskan keluhan yang berat kat hujung yang satu lagi. Nak persaya pun ada… tak nak percaya pun ada jugak.

"Buat satu benda je untuk aku Taufiq. Kau pegi bagitau apa yang korang ah buat tu kat Cikgu Ridzwan."

"Ha?" Taufiq tak paham. Kalau dah nak bagitau sangat, kenapa tak bagitau sendiri? Shima macam paham apa yang Taufiq fikir.

"Aku tak boleh nak bukak mulut Taufiq. Aku tak nak bukak mulut, kantoikan kau. Kak Rina tak boleh nak buat apa. Dia tahu aku tak nak bukak mulut. Kalau aku tak bukak mulut, susah orang nak cayer kat dier." Taufiq mengangguk-angguk. Macamlah Shima boleh nampak. "So," Shima menyambung, "kalau kau betul-betul nak aku percaya, pegi bagitau Cikgu Ridzwan."

Taufiq terus menjawab, spontan, "Okay! Okay!" apa-apa je asalkan hati awek yang sorang ni terubat.

Lepas balik cuti bulanan, malam Ahad, Shima dipanggil ke billik Cikgu Ridzwan. Sampai-sampai kat situ, Taufiq dah ada dah depan cikgu Ridzwan. Dia duduk kat sebelah Taufiq, menghadap Cikgu Ridzwan, "Taufiq kata nak bagitau saya something Shima. Tapi, dia nak awak ada sekali. Apa yang korang nak bagitau sebenarnya ni?"

Taufiq mengabaikan soalan Cikgu Ridzwan. Dia berpusing ke arah Shima, "Kau kena dengar apa yang aku nak cakap. Kalau tak aku tak berani." Taufiq pun menerangkan perkara yang sebenarnya. Cikgu Ridzwan pulak… tanya meleret-leret. Terpaksa ah Taufiq cerita semua benda termasuk ah hubungan dia ngan Shima, cemana Ikhwan nak menackle Shima, ngan macam-macam lagi ah. Last-last, barulah Cikgu Ridzwan mengangguk-angguk.

"Denda apa saya kena cikgu?" Cikgu Ridzwan mengangkat bahu, "Tengoklah nanti, kalau awak dapat buktikan awak tak buat apa-apa. Ringan ah." Taufiq melepaskan keluhan. Kalau kawan-kawan dia tahu ah dia yang kantoikan diorang… boleh mampos ni. Tak kisahlah. Janji awek sorang ni tak merajuk. Dia menjeling ke arah Shima, "Sekarang percaya?"

Shima mengangguk tapi tak cakap apa-apa pun. Senyum pun tidak. Taufiq tak puas hati. Merajuk lagi ke? "Apa buktinya Shima?" Shima mendekati Taufiq dan membisikkan sesuatu padanya. Taufiq tersenyum. Shima menyebut satu nama yang diorang dua kenal, nama yang jadik simbol hubungan diorang, nama yang jelas tunjuk Shima dah tak marah. Shima menyebut nama anak kucing yang dia bagi waktu birthday Shima tahun lepas.

"FITRAH NATASHA."


hasil nukilan:

valium from mykapasitor


KISAH SUAMI ISTERI



[PESANAN PENAJA: Komen menggunakan pengenalan anonymous sahaja tidak akan dilayan tetapi penggunaan anonymous yang menyatakan nama di penghujung komen akan di terima.Ulasan yang menggunakan bahasa kesat atau mengutuk tidak akan mendapat tempat.Jadilah insan yang berbudi.]




Aku mendail nombor handphone suamiku. Hati aku dah melonjak-lonjak kegembiraan ni. Tak sabar pulak rasanya nak tengok muka dia, “Hello!”

“Ha, Maya!” kedengaran suara suamiku lebih tinggi daripada biasa, “Maya pegi mana tadi? Dah sehari suntuk abang call Maya tau tak!”

“Maya tertinggal handphone kat rumah la bang. Sorry la bang ye…” aku baru je teringat handphone merah aku yang still ada atas kaunter dapur. Macam mana ntah boleh terlupa. Tapi… allright gak. Ada sikit alasan nak bagi kat suami tersayang ni.

“Itu je yang awak tahu.. sorry… sorry…. Yang risau abang jugak tau,” suami aku sambung membebel. Aku pun tak tahu kenapa dia hot sangat hari ni, “kan Maya dah kata Maya terlupa, nak buat cemana lagi?” suami aku terus senyap, “Abang? Abang?”

“Maya pegi mana? Abang telefon office, takde pun.”

“Maya ada meeting ngan client tadi,” aku bohong lagi.

“Meeting apa sampai lama sangat?” soalan ragu-ragu dari suamiku itu tiba-tiba buat aku sakit hati. Sampai bila dia nak terus cemburu ni? Aku diam je, malas nak jawab soalan tu. Lepas beberapa minit, aku ngan suami aku still lagi diam.Tapi, akhirnya aku mengalah jugak, “Abang balik awal tau hari ni…” pujuk aku, lembut.

“Hmmm… tengoklah dulu.”

“Balik awal tau, Maya tunggu,” aku mengingatkan sekali lagi sebelum meletakkan telefon. Biarlah… sekarang, aku kena start masak.

**********

Aku bergegas mandi dan memakai baju yang memang aku dah pilih tadi. Lepas make-up ala kadar… touch-up sana, touch-up sini, aku masuk balik ke dalam dapur dan menyusun hidangan makan malam. Aku menutup lampu kalimantang yang terang-benderang tu dan menyalakan dua batang lilin atas meja makan sebelum memasang lampu suram kaler oren. Ni dalam usaha nak jadik romantiklah sebenarnya ni.

Lepas dah puas hati dengan semua benda yang ada kat dapur tu, aku beredar ke ruang tamu… menunggu suami yang tersayang. Tak tau kenapa hati aku jadi berdebar-debar. Gembira semacam je. Harap-harapnya cepatlah suami aku tu balik.

**********

Aku tersentak apabila mendengar bunyi gate dibuka. Jam kat dinding depan aku dah menunjukkan pukul 10:30 malam dah. Aku terus membuka pintu. Lambatnyerlah suami aku ni balik, ni dah pukul berapa dah ni. Aku menyambut briefcase yang dipegangnya sebaik sahaja suami aku melangkah masuk ke dalam rumah. Aku cuba bersabar dan tersenyum.

“Maya dah sediakan makanan… abang nak makan?”

“Abang dah makan kat luar,” jawabnya pendek tanpa memandang mukaku. Dia terus berlalu… masuk ke dalam bilik tidur. Aku menggetap bibir. Apehal pulak dengan suami aku yang sorang ni. Perasaan happy aku yang berkobar-kobar tadi terus terpadam. Aku menyimpan briefcase suamiku dan terus pergi ke dapur untuk menyimpan semua makanan yang dah lama sejuk.

Sajer je aku buat kerja lambat-lambat. Waktu aku masuk ke dalam bilik, suami aku dah terbongkang kat atas katil. Aku menyelinap ke sebelah suamiku dan menarik selimut. Aku cuba memejam mata, pastu tidur je… tak nak fikirkan hatiku yang patah ni. Tapi, tak nak lena-lena jugak. Macam-macam cara aku buat nak bagi aku terlelap. Tak jadik-jadik jugak.

Last-last, aku bangun dan bersandar di kepala katil. Sambil tu, aku memetik lampu kecik di sebelah aku. Terang, gelap. Nyala, tertutup. Aku tak tahu kenapa aku buat camtu. Yang pastinya, tangan aku je yang automatik gerak sendiri. Kepala aku still lagi berserabut.

Kenapa suami aku balik lambat? Dia marah sangat ke? Apa yang aku dah buat? Kenapa dia tak nak pandang aku pun? Tiba-tiba je hati perempuan aku memberontak. Air mata aku jatuh setitik demi setitik. Makin difikir, makin laju pulak air mata aku jatuh.

Tiba-tiba, aku terasa tanganku digenggam erat. Aku diam je tapi air mata aku tumpah lagi banyak. Tangan aku yang lagi satu masih lagi memetik- metik suis lampu. Suami aku bangun perlahan-lahan dan duduk di hadapanku. Dia menarik tanganku dari lampu itu.

“Kenapa ni Maya?” Aku diam. Tak nak jawab, “Maya?” soal suami aku lagi. Aku memandang wajahnya dan merenung jauh ke dalam mata yang tersayang tu, “Kenapa abang buat Maya macam ni?” dia melarikan bola matanya, “Abang marah sangat ke ngan Maya?”

“Yer ah… dah sehari suntuk abang try contact Maya, Maya takde. Nak…. “ belum sempat dia mengabiskan ayat, aku memotong, “Kan Maya dah kata… Maya tertinggal handphone kat rumah.”

“Abis tu… abang call office… diorang kata Maya meeting ngan client, meeting ngan client. Client mana yang Maya jumpa sampai sehari suntuk tu?”

Aku menelan air liur, sedu aku makin menjadi, “Maya ingat nak buat surprise untuk abang. Penat je Maya masak sedap-sedap untuk abang,” suamiku menyeka saki-baki air mata kat pipiku. Sambil tu, muka dia berkerut, “Surprise apa?”

Dengan automatiknya aku memegang perut, “Maya pegi klinik tadi…” belum sempat aku abis cakap, suami aku dah melompat daripada katil, “Maya?” dia meminta kepastian daripada aku. Aku hanya mengangguk dan tersenyum, “Maya mengandung.”

“Eh, Maya… betul ke ni? Eh… erm… ma… abang… Maya…,” excited sangat agaknya suami aku ni, aku dah tak paham apa yang dia cakap. Saat tu, something terdetik kat ingatan aku. Aku baru je teringat yang suami aku ni sangat manja. Patutlah dia mengamuk, dah sehari tak dengar suara aku. Aku terus mencapai tangan kanan suamiku dan mengucupnya.

“Abang, Maya mintak maap kalau buat abang risau… Maya tak berniat pun nak bohong.”

“Ya Allah… Maya!!… abang yang salah,” suamiku mencium dahiku, lembut. Aku melepaskan nafas lega. Perasaan happy aku tadi terus melonjak balik.

“Eh… erm… apa yang Maya masak sebenarnya?”

“Kenapa?”

“Abang kelentong je tadi. Abang tak makan lagi sebenarnya.”

“Lah… ye ker?” aku pun tak sedar yang aku tak makan lagi. Tu ah… nak sedih sangat.



hasil nukilan:

valium from mykapasitor